Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi para pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Pulau Pinang berkaitan masalah dalam penulisan surat rasmi yang melibatkan gaya bahasa. Gaya bahasa merupakan elemen yang paling penting dalam penulisan surat rasmi kerana ianya boleh memberi kesan kepada penerimaan sesuatu surat itu. Jika gaya bahasa yang digunakan adalah tidak tepat, maka ianya boleh juga mengakibatkan salah faham di antara pengirim dan penerima surat dan seterusnya menyebabkan sesuatu program itu tertangguh akibat kesalahan surat. Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif yang melibatkan analisis dapatan data daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah sememangnya mengalami kekeliruan berkenaan gaya bahasa dalam penulisan surat rasmi dan peratusan tertinggi menunjukkan majoriti pensyarah yang bersetuju bahawa mer eka keliru tentang penggunaan slogan/moto yang betul dalam penulisan surat rasmi. Kajian ini diharap dapat membantu penyelidik dalam menyediakan satu kaedah penyelesaian untuk memudahkan para pensyarah di APB UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam penulisan surat rasmi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab. Latif, Nur Afiqah n.afiqah@uitm.edu.my Mohd Amin, Noraziah noraziah.amin@gmail.com Zulkifli, Che Nooryohana yoezulkifli@ppinang.uitm.edu.my Mah, Boon Yih (Dr.) mahboonyih@gmail.com Raja Berahim, Raja Rosila rosilaberahim@yahoo.com Desa, Melati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Teacher training P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Content analysis (Communication) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | Journal of Modern Language and Applied Linguistics |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL) |
ISSN: | 2600-7266 |
Volume: | 3 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 60-69 |
Keywords: | Penulisan surat rasmi, gaya bahasa |
Date: | August 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63607 |