Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Jerman dari segi penggunaan “indefinite article” yang dilakukan oleh pelajar tahap dua bagi kursus “Introductory German Level II” di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Kajian ini merupakan sebuah kajian yang berbentuk kualitatif. Data kajian diperoleh daripada jawapan ujian penulisan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang mempelajari bahasa Jerman sebagai kursus elektif. Jumlah peserta kajian yang terlibat ialah seramai 27 orang. Setelah mengenal pasti, menganalisis dan membandingkan kesalahan terjemahan “indefinite article” daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Jerman, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat begitu ramai pelajar yang melakukan kesalahan penggunaan “indefinite article” dalam bahasa Jerman dengan betul iaitu seramai 25 orang daripada keseluruhan jumlah sampel kajian iaitu seramai 27 pelajar. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengenal pasti tahap penguasaan “indefinite article” bahasa Jerman dalam kalangan pelajar bagi kursus yang dikaji. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengajar dan pelajar bahasa Jerman memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Jerman agar menjadi lebih baik, mudah difahami dan lebih efisyen.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Raja Berahim, Raja Rosila rajarosila@ppinang.uitm.edu.my Mohd Amin, Noraziah noraziah.amin@gmail.com |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Translating P Language and Literature > PE English language P Language and Literature > PT Germain, Dutch, Flemish, Afrikaans, Scandinavian, Old Norse, Faroese, Danish, Norwegian, Swedish literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | Journal of Modern Language and Applied Linguistics |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL) |
ISSN: | 2600-7266 |
Volume: | 3 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 20-28 |
Keywords: | Bahasa Jerman, “indefinite article”, terjemahan, bahasa Inggeris |
Date: | August 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63603 |