Monolog COVID-19: antara peringatan dan nikmat yang hilang / Hisam Satari

Satari, Hisam (2021) Monolog COVID-19: antara peringatan dan nikmat yang hilang / Hisam Satari. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Seluruh umat manusia diuji dengan wabak C0VID-19, seolah-olah tiada tanah dimuka bumi ini yang tiada virus tersebut. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan bersama bagi menghadapinya. Umat Islam juga turut diuji sebagaimana umat yang lain, ia datang tanpa memilih anutan, warna kulit, bahasa dan benua. Barangkali hanya di kutub utara dan selatan sahaja yang masih belum ada kes yang dilaporkan. Umat Islam bercampur baur perasaan dan penerimaan atas ujian ini. Sudah tentu kita sebagai umatyang beriman mengembalikan semua ini kepada kuasa dan takdir Allah Taala. Nikmat merupakan anugerah dan kurnia yang AllahTaala berikan dengan izin dan kehendakNya kepada manusia supaya manusia bersyukur dan kembali mengingatinya dengan menyembah dan beribadah kepadaNya. Kenikmatan yang AllahTaala anugerahkan ini terkadang menjadikan kita lupa kerana ia berulang sehingga menjadi suatu kebiasaan, seperti udara oksigen yang kita sedut sepanjang hayat ini, pancaindera yang sempurna, kesihatan tubuh badan, pekerjaan yang kita lakukan seharian dan banyak lagi nikmat yang dirasai. Apabila manusia lupa untuk mensyukurinya, maka AllahTaala akan menguji dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat supaya manusia kembali semula menyedari bahawa segala nikmat sangat mudah bagi AllahTaala untukmemberi dan menghilangkannya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Satari, Hisam
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Monolog, Covid-19, ACIS
Date: July 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63392
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63392.pdf] Text
63392.pdf

Download (1MB)

ID Number

63392

Indexing

Statistic

Statistic details