Jagalah akhlak dalam berniaga atas talian dan berceramah / Dr. Ahmad Sabri Osman

Osman, Ahmad Sabri (2021) Jagalah akhlak dalam berniaga atas talian dan berceramah / Dr. Ahmad Sabri Osman. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Di antara nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita pada hari ini (sama ada disedari atau tidak) ialah nikmat bercakap dan menulis di media sosial. Nikmat ini jika digunakan sebaik mungkin akan memberikan kebaikan kepada kehidupan kita di dunia dan ganjaran pahala di akhirat nanti. Jika kita seorang peniaga, kita mampu mempromosikan barangan jualan kita tanpa sekatan, jika kita seorang penceramah, kita mampu melontarkan idea dengan sekehendak hati kita. Namun sebaliknya, jika ia digunakan ke arah keburukan atau kejahatan, ia akan menatijahkan keputusan yang sebaliknya, iaitu keburukan kepada kehidupan kita di dunia dan dosa yang akan kita pikul dan tanggung di akhirat nanti. Perniagaan dalam talian begitu rancak lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam keghairahan mempromosikan barangan perniagaan dalam talian, terdapat segelintir peniaga yang begitu ghairah bercakap'ikut sedap mulut'sehingga melanggar adab dan akhlak lebih-lebih lagi sebagai peniaga Muslim atau Muslimah. Dalam hal ini umpamanya, peniaga tanpa segan silu bercakap lucah atau separa lucah kerana terlalu melayan komen netizen. Perbuatan ini pada pandangan penulis akan menjatuhkan maruah peniaga tersebut khususnya golongan wanita. Di antara kewajiban umat Islam ialah beriman dengan hari akhirat, hari di mana pembalasan ke atas amal kita dilakukan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Ahmad Sabri
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: akhlak, berniaga atas talian, berceramah, ACIS
Date: June 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63389
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63389.pdf] Text
63389.pdf

Download (1MB)

ID Number

63389

Indexing

Statistic

Statistic details