Kalam sufi siri 2: ilmu yang bermanfaat / Hisam Satari

Satari, Hisam (2021) Kalam sufi siri 2: ilmu yang bermanfaat / Hisam Satari. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Berkata Imam al-Ghazali rahimahullahTaala dalam kitab BidayatulHidayah, llmu yang memberi manfaat itu ialah ilmu yang menambah perasaan takutmu kepada Allah SWT, menambah pula dalam hatimu perasaan kehinaan dirimu, menambahkan pengetahuanmu dalam beribadah kepada Allah SWT, mengurangkan kehendakduniamu, menambahkan keinginan akhiratmu, membukakan mata hatimu dari perkara yang membinasakan ibadahmu sehingga terpelihara dari kebinasaan itu dan terselamat dari tipu daya syaitan. Selanjutnya Imam al-Ghazali rahimahullahTaala menyatakan ilmu Tasawuf ini termasuk daripada ilmu yang memberi manfaat. Di sebut dalam kitab Minhajul 'Abidin karangan Imam al-Ghazali rahimahullah Taala, kitab Al-Arba'in fi Usuliddin dan kitab Mukhtasar Ihya 'Ulumiddin bahawa ilmu tasawuf itu ialah ilmu yang memberi manfaat di dunia dan akhirat. Syeikh Abdul Wahab as-Sya'rani rahimahullah Taala dalam kitab Al-Yawaqit walJawahiryang menaqalkan dari Imam al-Ghazali rahimahullah Taala, Sesiapa yang tiada baginya ilmu ini, nescaya di takuti atasnya su'ulkhatimah iaitu mati dalam maksiat. Demikian juga yang dijelaskan oleh Syeikh Abu Hasan as-Syazili rahimahullahTaala, Barangsiapa yang tiada kemahiran dalam ilmu ini, nescaya mati dia padahal dia mengekali atas beberapa dosa yang besar padahal dia tiada mengetahui hal yang sedemikian itu.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63342.pdf] Text
63342.pdf

Download (1MB)

ID Number

63342

Indexing

Statistic

Statistic details