Abstract
Penggunaan komputer dalam menyampaikan maklumat dalam pelbagai bidang memainkan peranan yang besar dalam kehidupan masa ini. Harga komputer yang rendah membolehkan komputer digunakan di merata tempat, samada di institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah, kompleks perniagaan, kilang-kilang hinggalah di rumah. Golongan pengguna komputer juga terdiri dari berbagai lapisan masyarakat, terdiri dari golongan profesional hinggalah kepada kanak-kanak sekolah. Pengguna yang terdiri dari pelbagai lapisan mempunyai pengetahuan komputer yang tidak berbeza tahap. Keperluan dan kehendak penggunaan komputer juga berbeza. Pengguna komputer yang berbeza tahap menjadikan interaksi pengguna dengan komputer menjadi rumit. Masalah interaksi manusia dengan komputer timbul disebabkan antaramuka yang tidak sesuai untuk satu lapisan golongan pengguna. Dalam penggunaan sistem komputer, produktiviti pengguna banyak dipengaruhi oleh antaramuka manusia dengan komputer. Antaramuka pengguna adalah medium perhubungan antara pengguna dengan komputer, dan memberikan kesan yang penting kepada pengguna. Pengguna yang baru dan tidak berlatarkan komputer akan terdedah kepada kesan dari antaramuka komputer dengan manusia. Penyelidikan ini akan menumpukan kepada salah satu ciri utama antaramuka, iaitu warna. Warna boleh memainkan peranan sebagai salah satu ciri penting yang dapat menghasilkan antaramuka yang berkesan, terutama kepada pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.
Metadata
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Haron, Haryani UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Idris, Noriah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Early childhood education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
Programme: | Ijazah Sarjana Sains (Komputer) |
Keywords: | Interaksi, Manusia, Komputer |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63103 |
Download
63103.pdf
Download (140kB)