Keberkesanan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang dalam meningkatkan prestasi dan mewujudkan pertubuhan peladang kawasan berdikari di dalam negeri Perak / Ahmad Nazeri Abdul Rahman …[et al.]

Abdul Rahman, Ahmad Nazeri and Abd Rahman, Abd Hamid and Noor, Siti Subaikah and Awang Ishak, Ahmad (1999) Keberkesanan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang dalam meningkatkan prestasi dan mewujudkan pertubuhan peladang kawasan berdikari di dalam negeri Perak / Ahmad Nazeri Abdul Rahman …[et al.]. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementenan Pertanian yang ditubuhkan pada 14 Februari 1973. LPP adalah tertakluk kepada Akta 110, Akta LPP 1973 yang diluluskan oleh Parlimen. Tujuan penubuhan LPP secara umumnya adalah untuk membina institusi peladang yang unggul di luar bandar iaitu Pertubuhan Peladang (PP). PP adalah institusi yang dimiliki oleh peladang-peladang yang menjadi ahlinya dan tertakluk di bawah Akta 109, Akta PP 1973. Peranan LPP adalah sebagai pendaftar, agensi pengurusan dan sebagai agensi pembangunan PP untuk memastikan bahawa PP yang berdaya maju dan mampu berdikari dapat di wujudkan sepenuhnya menjelang tahun 2000 berdasarkan arahan kerajaan pada 15 Mei 1985. Berbagai-bagai bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman telah disalurkan oleh LPP kepada PPK bagi tujuan melaksanakan program-program yang boleh memberi pulangan yang baik kepada PPK. Di samping itu kemudahan infrastruktur dan tenaga pengurusan juga turut disediakan kepada PPK untuk mencapai matlamat tersebut. Budaya korporat turut diterapkan kepada PPK agar PPK menjadi lebih berdaya saing di bidang perniagaan. Di dalam kajian ini, di dapati pencapaian PPK di dalam negeri Perak berakhjr tahun 1997 telah menunjukkan berlaku peningkatan dalam output program-program yang telah dijalankan dan terdapat juga peningkatan dalam bilangan PPK yang telah mencapai keuntungan dari operasinya. Walaubagaimanapun, setelah diambil kira fakta-fakta konsistensi mencapai keuntungan melebihi kos dibantu, PPK pada umumnya masih belum kukuh dari segi kewangan untuk membolehkannya hidup berdikari. Dari analisis tersebut didapati sebanyak 77.8 peratus PPK di negeri Perak berada dalam ketogeri PPK berpontensi sedang maju manakala 22.2 peratus PPK berada dalam ketogeri PPK berpontensi belum maju. Segala kelemahan yang ada harus diperbaiki dengan menetapkan dan melaksanakan stratagi-stratagi yang lebih berkesan khususnya untuk mengukuhkan kedudukan kewangan PPK, dan segala kekuatan yang dimiliki oleh PPK haras digunakan serta diambil peluang keatasnya agar PPK berdikari dapat segera di pastikan kewujudannya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Ahmad Nazeri
95081024
Abd Rahman, Abd Hamid
95871157
Noor, Siti Subaikah
95870223
Awang Ishak, Ahmad
95083066
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Harun, Mohd Fauzi
UNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > Farmers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Institusi peladang luar bandar, kemudahan infrastruktur, bantuan geran dan pinjaman
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/63034
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 63034.pdf] Text
63034.pdf

Download (176kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

63034

Indexing

Statistic

Statistic details