Abstract
Penulisan Projek Tahun Akhir ini adalah bertujuan untuk meninjau mengenai pengaruh laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar yang dijalankan ke atas pembangunan hartanah yang berada di negeri Pulau Pinang. Secara umumnya terdapat beberapa aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan itu dikelaskan sebagai Aktiviti Yang Ditetapkan (Prescribed Activities) menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tujuan mengapa aktiviti-aktiviti pembangunan ini perlu dikelaskan adalah kerana perlaksanaan projek pembangunan ini akan menghasilkan suatu kesan, sama ada negatif atau positif terhadap manusia dan alam persekitaran. Oleh kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil iaitu seluas lebih kurang 293 km persegi, (113 batu persegi)1 dan berbukit, maka mungkin terdapat beberapa aktiviti pembangunan yang tidak dikelaskan sebagai aktiviti yang ditetapkan masih perlu menjalani laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zubir, Mohamad Shahnaz UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohd. Taufek, Fadhilah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land use |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Lanjutan Pengurusan Hartanah |
Keywords: | Kesan alam sekitar, Pembangunan hartanah, Pulau Pinang |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62976 |
Download
62976.pdf
Download (156kB)