Sejauh manakah keberkesanan balai bomba dan penyelamat Ipoh menangani masalah kebakaran / Abdul Razak Darus and Zahiha Mohd. Nor

Darus, Abdul Razak and Mohd. Nor, Zahiha (2000) Sejauh manakah keberkesanan balai bomba dan penyelamat Ipoh menangani masalah kebakaran / Abdul Razak Darus and Zahiha Mohd. Nor. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia diletakkan dibawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Tugasnya merangkumi pemadaman dan penyelamatan. Tujuannya untuk menjaga keselamatan negara dari ancaman bahaya api disamping bertindak sebagai pasukan penyelamat dalam apa juga bencana. Hasil dari ini satu kajian dibuat dengan menganalisis program-program yang dijalankan agar dapat satu pendekatan yang lebih baik tentang masalah yang diutarakan. Objektif utama kertas projek ini adalah untuk melihat sejauh mana Balai Bomba Dan Penyelamat, Ipoh dalam menangani masalah kebakaran. Di mana Balai Bomba Dan Penyelamat, Ipoh menjadi sasaran pengkaji untuk dibuat kajian, kerana pengkaji bertugas di balai berkenaan. Pengkaji juga berharap kertas projek ini boleh menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain amnya dan warga Bomba khasnya dalam membuat perancangan pada masa hadapan. Laporan kebakaran merupakan aset yang penting bagi pengkaji memperolehi maklumat kebakaran premis khasnya. Data-data diperolehi juga dengan cara primer dan sekunder. Penelitian yang dibuat didapati kadar kerugian akibat kebakaran premis yang melebihi RM 50 ribu adalah berkurangan pada tahun 1999. Ini menunjukkan satu langkah yang positif untuk terus membuat pemantauan pada masa akan datang. Namun begitu, program-program atau aktiviti-aktiviti Jabatan yang sedia ada perlulah dikemaskini dan hendaklah membuat perancangan yang lebih strategik dalam perancangan projek yang ingin dilaksanakan. Banyak aktiviti-aktiviti Jabatan yang dilancarkan seperti program-program kebakaran, penubuhan kadet bomba, bomba sukarela, kempen mencegah kebakaran, kebakaran sifar, kelab 3K dan sebagainya. Bagi menjayakan sesuatu program peruntukan kewangan adalah paling mustahak. Tanpa peruntukan yang mencukupi, walaupun sesuatu program itu baik tetapi ia tidak dapat diteruskan atau dilaksanakan dengan sepenuhnya dan hanya ala kadar sahaja, maka hasilnya atau output' adalah berkadar seimbang. Disamping itu penambahan dan keperluan alat pemadaman dan penyelamatan yang lebih canggih diperlukan. Tidak ketinggalan pengambilan pegawai / anggota baru bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam menghadapi sesuatu bencana atau tugas harian perlu diberi perhatian dan mengikutarus semasa.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Darus, Abdul Razak
95870328
Mohd. Nor, Zahiha
95870303
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Harun, Mohd Fauzi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Jabatan Bomba Dan Penyelamat, kebakaran, Ipoh
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62887
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62887.pdf] Text
62887.pdf

Download (159kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62887

Indexing

Statistic

Statistic details