Analisis pengesanan alamat tuan tanah yang tepat bagi mengurangkan tunggakan cukai tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh / Baridatul Amla Bidin

Bidin, Baridatul Amla (1997) Analisis pengesanan alamat tuan tanah yang tepat bagi mengurangkan tunggakan cukai tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh / Baridatul Amla Bidin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Sebagai sebuah negeri yang sedang pesat membangun, perbelanjaan yang besar adalah diperlukan bagi menampung kos-kos perbelanjaan. Salah satu cara ialah melalui cukai tanah yang dikutip pada setiap tahun ke atas hakmilik-hakmilik yang telah dikeluarkan kepada orang awam atau tertentu. Adalah menjadi kewajipan Pihak Berkuasa Negeri melupuskan tanahmilik kerajaan kepada orang awam yang layak dan Kerajaan Negeri boleh mendapat ganjaran balik berdasarkan cukai tanah yang mesti dijelaskan. Biarpun pemilikan tanah telah dilupuskan namun masih ada segelintir rakyat yang tidak menjalankan tanggungjawab terhadap kerajaan negeri. Oleh itu, Pejabat Tanah adalah ditugaskan untuk memastikan setiap pemilik tanah menjelaskan bayaran cukai tanah pada setiap tahun. Untuk mengesan tuan-tuan tanah tersebut ialah dengan mendapatkan alamat-alamat mereka. Namun begitu, tunggakan tetap juga tinggi kerana tuan-tuan tanah tidak dapat dikesan melalui alamat-alamat yang diperolehi kerana ada yang telah meninggal dunia, berpindah dan sebagainya. Oleh itu berbagai langkah yang sedang diambil hendaklah diteruskan dan undang-undang tanah diperketatkan lagi. Cukai tanah merupakan sumber yang terpenting untuk memajukan dan memakmurkan rakyat seluruh Negeri Perak khasnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62885.pdf]
Text
62885.pdf
Download (118kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics