Abstract
Sebagai sebuah negeri yang sedang pesat membangun, perbelanjaan yang besar adalah diperlukan bagi menampung kos-kos perbelanjaan. Salah satu cara ialah melalui cukai tanah yang dikutip pada setiap tahun ke atas hakmilik-hakmilik yang telah dikeluarkan kepada orang awam atau tertentu. Adalah menjadi kewajipan Pihak Berkuasa Negeri melupuskan tanahmilik kerajaan kepada orang awam yang layak dan Kerajaan Negeri boleh mendapat ganjaran balik berdasarkan cukai tanah yang mesti dijelaskan. Biarpun pemilikan tanah telah dilupuskan namun masih ada segelintir rakyat yang tidak menjalankan tanggungjawab terhadap kerajaan negeri. Oleh itu, Pejabat Tanah adalah ditugaskan untuk memastikan setiap pemilik tanah menjelaskan bayaran cukai tanah pada setiap tahun. Untuk mengesan tuan-tuan tanah tersebut ialah dengan mendapatkan alamat-alamat mereka. Namun begitu, tunggakan tetap juga tinggi kerana tuan-tuan tanah tidak dapat dikesan melalui alamat-alamat yang diperolehi kerana ada yang telah meninggal dunia, berpindah dan sebagainya. Oleh itu berbagai langkah yang sedang diambil hendaklah diteruskan dan undang-undang tanah diperketatkan lagi. Cukai tanah merupakan sumber yang terpenting untuk memajukan dan memakmurkan rakyat seluruh Negeri Perak khasnya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bidin, Baridatul Amla 92431756 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Harun, Mohd Fauzi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HJ Public Finance > Revenue. Taxation. Internal revenue > Property tax |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Cukai tanah, tunggakan, pengesanan alamat |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62885 |
Download
62885.pdf
Download (118kB)