Sejauhmana latarbelakang sosio ekonomi keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (tumpuan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ambrose, Ayer Tawar, Perak) / Naaimah Osman and Noorhaslina Abdul Hadi

Osman, Naaimah and Abdul Hadi, Noorhaslina (2000) Sejauhmana latarbelakang sosio ekonomi keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (tumpuan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ambrose, Ayer Tawar, Perak) / Naaimah Osman and Noorhaslina Abdul Hadi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pelajar adalah aset kepada sesebuah negara dan bakal pewaris negara di masa akan datang. Dalam melangkah era globalisasi, kecemerlangan dalam akademik menjanjikan suatu pasport bagi meraih kesenangan di hari hadapan. Namun, dalam menuju ke arah kecemerlangan, banyak duri rintangan yang terpaksa dihadapi. Sosio ekonomi keluarga dilihat sebagai salah satu faktor utama yang dihadapi oleh pelajar dalam mengejar kecemerlangan akedemik. Ketidakmampuan keluarga menyediakan prasarana rumah yang sesuai bagi tujuan pembelajaran di rumah dan kemampuan ekonomi yang terhad sedikit sebanyak mengganggu penumpuan pelajar terhadap akademik. Kajian ini yang meliputi pendapatan dan tanggungan selain aspek-aspek lain dapat menggambarkan pola perbelanjaan sesebuah keluarga yang memperlihatkan bagaimana agihan perbelanjaan dan komitmen terhadap pendidikan anak. Faktor jarak kediaman pelajar dengan sekolah dan kebenaran kewujudan fenomena pekerja bawah umur terdiri daripada pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan ketidakmampuan ekonomi keluarga dan implikasi yang diterima oleh pelajar turut diselidiki. Bagi mengukur kecemerlangan seseorang pelajar, penilaian kajian adalah menyeluruh meliputi pencapaian dalam kurikulum dan ko-kurikulum di samping faktor-faktor lain yang boleh mengganggu kelancaran proses pembelajaran. Pencapaian dilihat melalui keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah diduduki di samping penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Walaupun faktor sosio ekonomi yang dianggap sebagai hanya menyumbang peratusan kecil kepada kegagalan kecemerlangan akademik pelajar namun ia dilihat mampu menjadi penghalang kepada usaha pelajar mengeksploitasi potensi untuk menyerlah.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Osman, Naaimah
96043999
Abdul Hadi, Noorhaslina
96044638
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Harun, Mohd Fauzi
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Pelajar, pencapaian akademik, sekolah menengah
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62877
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62877.pdf] Text
62877.pdf

Download (158kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62877

Indexing

Statistic

Statistic details