Abstract
Penyaman udara boleh digambarkan sebagai alat untuk mengatur atmosfera agar suhu, kelembapan, pengagihan dan pengedaran udara yang dikehendaki dapat diperolehi. Penggunaan penyaman udara adalah sangat meluas seperti di rumah-rumah, hospital, kedai, pejabat, kilang, pengangkutan udara, laut dan darat. Tetapi ada sebahagian penyaman udara diperlukan tanpa menepati keadaan keselesaan manusia seperti di kilang-kilang kain dan percetakan, komputer, tempat menyimpan makanan, tempat menyimpan dan memeriksa bahan-bahan sensitif dan sebagainya. Bagi penyaman udara, suhu dan kelembapan memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya jika diturunkan nilainya akan mendinginkan keadaan ruangan dan jika dilakukan sebaliknya akan memanaskan keadaan ruangan. Tetapi j ika kita hanya menurunkan nilai suhu tanpa pengurangan kelembapan, kita masih sukar untuk mendapatkan keadaan keselesaan dan seandainya kita hanya menurunkan kelembapan sahaja tanpa menurunkan suhu, keadaan yang sama akan juga diperolehi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Ahmad Faidzal 85375463 Tamri, Nor Jamalullail 85218144 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Berhan, Mohamed Nor UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Heating and ventilation. Air conditioning T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Energy conservation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma in Mechanical Engineering |
Keywords: | Penyaman udara, penjimatan tenaga, dialat hawa dingin |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62874 |
Download
62874.pdf
Download (147kB)