Abstract
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA memainkan peranan penting dalam pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berdaya saing serta penghasilan gunatenaga terlatih Bumiputera yang mempunyai tahap kemahiran dan kepakaran yang tinggi ke arah pewujudan satu masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Namun untuk mencapai matlamat tersebut sudah semestinya memerlukan pengorbanan, melalui pelbagai rintangan dan masalah serta perit jerih perjalanan pentadbiran. Kajian ini cuba memaparkan beberapa permasalahan yang timbul sepanjang peranan yang dimainkan oleh MARA khususnya di daerah Larut Matang dan Selama. Pelbagai kaedah digunakan untuk kajian ini termasuklah data primer dan data sekunder seperti siasatan, soalselidik, pemerhatian dan bahan rujukan. Kesimpulan dari kajian ini adalah diharapkan satu formula perlu diperkenalkan untuk mengilap kembali imej MARA di mata masyarakat Bumiputera, selaras dengan objektif MARA iaitu untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera khususnya di luar bandar supaya menyertai secara aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Azman 96043816 Md Isa, Sahabudin 96043192 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Harun, Mohd Fauzi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | MARA, usahawan bumiputera, budaya niaga |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62872 |
Download
62872.pdf
Download (139kB)