Penilaian keatas peranan RISDA dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil di Kampung Belum Baru, Mukim Kenering Daerah Hulu Perak Gerik / Mohd Shariffudin Padzil, Ibrahim Salleh and Norazlaini Hamadudin

Padzil, Mohd Shariffudin and Salleh, Ibrahim and Hamadudin, Norazlaini (1998) Penilaian keatas peranan RISDA dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil di Kampung Belum Baru, Mukim Kenering Daerah Hulu Perak Gerik / Mohd Shariffudin Padzil, Ibrahim Salleh and Norazlaini Hamadudin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Dasar dan perancangan ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan sehingga tahun 1969 telah meletakkan negara kita pada tahap yang boleh dibanggakan di persada antarabangsa sehingga telah menjadi role model kepada negara - negara lain yang sedang membangun. Lantaran pertumbuhan ekonomi melebihi 8 % bagi 8 tahun berturut -turut telah menjadi impian kepada negara -negara lain . Mereka cemburu akan kejayaan kita. Namun begitu kemajuan yang dicapai tidak mampu menyelesaikan permasalahan agihan pendapatan yang adil lagi saksama antara rakyat berbilang kaum. Hakta itu tercetuslah tragedi 13 Mei 1969 yang telah mengajar kita akan erti pembangunan yang adil lagi saksama . Dengan itu lahirlah Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) yang bermatlamatkan serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan pada masa yang sama cuba menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Bagi mencapai hasrat ini , kerajaan telah mengamalkan ekonomi campuran dalam usahanya mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil dan saksama. Setelah tamat tempoh 20 tahun DEB pada 1990 , soal kemiskinan masih kedengaran di perkatakan oleh rakyat amnya dan masyarakat pekebun kecil khususnya. Lanjutan daripada itu , kerajaan melalui agensi nya RISDA telah melancarkan program pembangunan yang berteraskan program penanaman semula getah bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat pekebun kecil sejagat.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Padzil, Mohd Shariffudin
UNSPECIFIED
Salleh, Ibrahim
94794953
Hamadudin, Norazlaini
92772154
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Harun, Mohd Fauzi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: RISDA, sosioekonomi, pekebun kecil
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62862
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62862.pdf] Text
62862.pdf

Download (139kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62862

Indexing

Statistic

Statistic details