Abstract
Dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk, penggunaan pancaindera memainkan peranan penting dalam menganalisa berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan dirasa. Kombinasi ini akan menghasilkan idea rekabentuk yang berjaya. Pelbagai aspek perlu diambil kira bagi la juga haruslah dilihat dari pelbagai aspek sama ada luaran mahupun dalaman. Penggunaan elemen-elemen yang sesuai amat penting dalam penghasilan sesuatu rekabentuk bagi mendapatkan kesinambungan antara konsep projek yang ingin ditonjolkan. Dengan cara ini penghasilan sesuatu rekabentuk dapat memenuhi keperluan pengguna. Justeru satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum rekabentuk cadangan yang baru. Secara keseluruhannya, rekabentuk baru yang dibuat haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak penggunanya serta bersesuaian dengan konsep yang ingin diterapkan. A Touch Men's Aromatheraphy and Reflexology Centre ini ditubuhkan sebagai salah satu penyumbang kepada masyarakat dalam penjagaan dan perawatan kesihatan diri untuk golongan lelaki sewajar dengan era masa kini iaitu era lelaki metroseksual. Oleh itu, rekebentuknya haruslah menyentuh kepada aspek praktikaliti dan juga nilai estetik. Dengan adanya spa ini dapat membantu masyarakat untuk mengunjungi spa sebagai satu gaya hidup yang sihat. Selain itu, dapat mempromosikan produk jenis rempah dan jamu iaitu keluaran Mustika Ratu.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Taj, Nuraffrida 2002640833 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Nor, Othman UNSPECIFIED |
Subjects: | R Medicine > RJ Pediatrics > Therapeutics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Rekabentuk, pusat aroma terapi, pusat refleksiologi |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62703 |
Download
62703.pdf
Download (161kB)