Laporan cadangan rekabentuk dalaman Lambretta cafe di Lot PT690, Seksyen 57, Lorong Perak, Kuala Lumpur untuk Kelab Lambretta Selangor / Merduwati Ishak

Ishak, Merduwati (2006) Laporan cadangan rekabentuk dalaman Lambretta cafe di Lot PT690, Seksyen 57, Lorong Perak, Kuala Lumpur untuk Kelab Lambretta Selangor / Merduwati Ishak. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek ini merupakan cadangan merekabentuk ruang dalaman Lambretta Cafe yang tertetak di Lot Pt690, Seksyen 57,Lorong Perak, Kuala Lumpur. Pemilihan pelaksanaan projek ini adalah berdasarkan keprihatinan saya terhadap produk serta gaya hidup klasik. Saya telah memilih untuk membuat sebuah kafe yang juga berfungsi sebagai pusat berkumpul untuk golongan sasaran saya iaitu pencinta skuter klasik. Skuter keluaran Lambretta sebagai aset penting dalam projek ini kerana ianya merupakan antara skuter terawal dan paling diminati. Sebagai penyumbang kepada usaha mengembalikan zaman kegemilangan skuter klasik Lambretta ini, kewujudan Kafe Lambretta dapat dijadikan pusat berkumpul bagi pemilik dan peminat skuter klasik terutamanya Lambretta serta menarik peminat serta ahli kelab untuk bertukar-tukar idea dan berhibur. Secara tidak langsung, ini memupuk minat terhadap gaya hidup pada zaman kegemilangan skuter Lambretta serta dapat memperkenalkan skuter Lambretta kepada generasi baru. Beberapa kajian telah dilakukan untuk menjalankan projek ini iaitu melalui kajian 'precedent', rujukan, kajian kes, kajian tapak, dan kajian bangunan. Kajian ini akan merangkumi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk merekabentuk sebuah kafe yang dapat menonjolkan imej yang bersesuaian dengan tema yang akan mengimbas kepada era serta gaya hidup klasik. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya berkenaan dengan projek, serta membuat perbandingan diantara kajian-kajian lain yang telah dibuat. Objektif projek ini adalah untuk mewujudkan satu rekabentuk kafe yang mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda bagi menerapkan nilai menghargai barangan klasik dan mengenali gaya hidup era klasik. Projek ini berkonsepkan 'Nostalgic Flashback' yang mana setiap ruang di dalam kafe ini akan mengimbas kembali era-era 50an hingga 70an serta menerapkan imej yang bersesuaian dengan gaya hidup skuteris. Secara keseluruhannya, projek ini merupakan salah satu cara untuk mewujudkan imej kafe yang menonjolkan gaya hidup klasik peminat-peminat skuter dan mampu mengimbas kembali era klasik dan gaya hidup pada masa itu.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Merduwati
2003356920
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Othman
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Kafe, barang klasik, imej
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62701
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62701.pdf] Text
62701.pdf

Download (171kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62701

Indexing

Statistic

Statistic details