Cadangan skim rekabentuk dalaman bagi cafe Tea House Cameron valley untuk Cameron Bharat Plantations Sdn Bhd di E-G10, Greentown Square, Jln Dato Seri Ahmad Said, Greenhouse Square, 30450 Ipoh Perak / Maznie Mazlan

Mazlan, Maznie (2009) Cadangan skim rekabentuk dalaman bagi cafe Tea House Cameron valley untuk Cameron Bharat Plantations Sdn Bhd di E-G10, Greentown Square, Jln Dato Seri Ahmad Said, Greenhouse Square, 30450 Ipoh Perak / Maznie Mazlan. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Tajuk laporan kajian ini adalah Cadangan Rekabentuk Baru Cameron Valley Tea House. Tujuan laporan kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi syarat untuk projek akhir bagi Diploma Rekabentuk Dalaman. Projek yang dicadangkan adalah Cadangan Rekabentuk Baru Cameron Valley Tea House di E-G-10 Persiaran Greentown 1, Greentown Business Centre 30450 Ipoh Perak. Projek ini dipilih kerana ingin membantu dalam meningkatkan tahap persaingan antara produk-produk tempatan dan sebagai contoh dalam meneraju perniagaan dan dalam penglibatan rekabentuk dalaman. Pelbagai proses perlu dilalui bagi menyiapkan kajian tesis ini dimana pelbagai faktor penting yang pehu diambil kira. Matlamat utama kajian ini adalah untuk merancang susunatur ruang dalaman pada bangunan asal dan memberi satu imej baru yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Dalam kehidupan seharian yang sentiasa sibuk, minda kebanyakkan mereka turut berasa keletihan dan dalam masa yang sama dipengaruhi oleh persekitaran sesak. Terdapat pengaruh yang baik dan juga yang kurang baik. Oleh sebab itu kesibukan yang berlaku boleh di ubat melalui minuman yang mempunyai anti oksidan seperti teh. Skop kajian bagi keseluruhan projek adalah mengenai fungsi cafe, kehendak klien dan analisa tapak projek. Kepentingan setiap kajian ini adalah supaya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai behavior pelanggan dan kesesuaian projek dengan kehendak yang dipeiiukan oleh klien. Semasa kajian dijalankan, terdapat beberapa halangan yang terpaksa ditempuhi dan salah satunya adalah kurang mendapat kerjasama bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya daripada pihak yang berusan. Segala maklumat yang dikumpul diambil kira kerana ia mempunyai kaitan dengan projek yang dijalankan. Proses ini banyak membantu bagi menghasilkan rekabentuk yang lebih baik dan mesra pengguna mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh klien. Selain itu juga, rekabentuk yang ergonomik serta memenuhi ciri-ciri antropometrik akan diterapkan dalam rekabentunk bagi memberi keselesaan pelanggan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62697.pdf]
Text
62697.pdf
Download (164kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics