Abstract
Kajian ini adalah mengenai penentu pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar program sepenuh masa Diploma Pentadbiran Awam (DPA) di mana kajian kesnya bertempat di Universiti Teknologi Mara, Kampus Samarahan, Sarawak. Ianya dilihat dalam konteks untuk mengenal pasti punca masalah dan mencari penyelesaian yang bersesuaian di dalam mengatasi setiap masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar DPA. Perkara ini amat penting kerana ianya adalah penentu bagi setiap pencapaian prestasi akademik mereka. Objektif utamanya adalah untuk menganalisa setiap faktor-faktor sama ada dalaman atau luaran dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang strategik untuk mengawal fenomena ini daripada berterusan. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang responden yang dipilih sama ada melalui kaedah pemerhatian, temuduga dan pengedaran borang soal selidik. Ujian untuk penganalisaan data adalah
menggunakan program Statistical Package for Social Science 7.5 for Window (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa (a) Penyesuaian aktiviti sebagai mekanisme keberkesanan peningkatan prestasi. (b) Persepsi pelajar yang menjurus ke arah pemilihan program Diploma Pentadbiran Awam. (c) Pengaruh persekitaran terhadap pencapaian prestasi akademik pelajar. (d) Kepelbagaian teknik pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah penentu ke arah pencapaian prestasi akademik pelajar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusop, Asiah 98065617 Aden, Noraini 98065782 Mawie, Habsah 9704144 Imang, Jessica Jau 97041727 Johny, Faizalini 97041343 |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM |
Keywords: | prestasi akademik,Universiti Teknologi MARA Sarawak |
Date: | April 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62607 |
Download
62607.pdf
Download (1MB)