Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk Tune Hotel Ipoh di Bangunan Pusat Perdagangan Green Town, 30000, Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Iwan Kurniawan Ruslan

Ruslan, Iwan Kurniawan (2009) Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk Tune Hotel Ipoh di Bangunan Pusat Perdagangan Green Town, 30000, Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Iwan Kurniawan Ruslan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pembentukan sesebuah reka bentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan reka bentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Reka Bentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mereka bentuk skima baru bagi Tune Hotel Ipoh. Bertempat di Bangunan pusat perdagangan ,Green Town, 30000, Ipoh, Perak darul Ridzuan. Tujuan utama projek adalah, mereka bentuk dan merancang ruang dengan lebih sistematik dan berfungsi serta dapat memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan. Dengan terhasilnya reka bentuk dan hiasan dalaman yang baru bagi Tune Hotel Ipoh, adalah diharapkan bahawa ia dapat menaik tarafkan lagi imej hotel ini dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang hotel untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij hotel tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangkakan mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir hotel ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbui. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Tune Hotel Ipoh samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan idea-idea untuk menaiktaraf dan merekabentuk Tune Hotel Ipoh agar menjadi ikon negeri perak suatu hari nanti.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ruslan, Iwan Kurniawan
2006125179
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdul Manaf, Abdul Halim
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Public buildings > Commercial buildings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Rekabentuk, hotel, bangunan perdagangan
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62535
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62535.pdf] Text
62535.pdf

Download (180kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62535

Indexing

Statistic

Statistic details