Cadangan merekabentuk dalaman pejabat Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd di Lot 25, Premis No 1. Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor / Zulaffendi Jamalludin

Jamalludin, Zulaffendi (2008) Cadangan merekabentuk dalaman pejabat Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd di Lot 25, Premis No 1. Jalan Renggam 15/5, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor / Zulaffendi Jamalludin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Dato' Hj. Hussamuddin bin Hj. Yaacub, merupakan pengasas dan juga pengarah urusan bagi Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB). Atas hasrat beliau yang mahukan syarikat penerbitannya terkenal di rantau Asia Tenggara dan memenuhi tahap piawaian kualiti antarabangsa, serta keinginan beliau untuk memperbesarkan empayar yang sedia ada.beliau telah membeli sebuah bangunan baru. Bangunan tersebut terletak bersebelahan dengan bangunan KKSB yang sedia ada kini, telah dibeli pada awal tahun 2007. Tujuan kajian ini dilakukan, adalah untuk menganalisis projek akhir Program Diploma Rekabentuk Dalaman iaitu cadangan merekabentuk ruang dalaman pejabat yang baru bagi KKSB. Pelbagai kaedah telah dibuat sepanjang melakukan proses kajian ini. Antara kajian yang dilakukan adalah, berkaitan dengan keadaan bangunan tersebut dan juga bangunan-bangunan lain yang telah dijadikan sebagai contoh dan juga kajian kes. Antara aspek kajian yang telah dilakukan ialah kajian tapak bangunan dari struktur asas bangunan sehinggalah keadaan keseluruhan bangunan tersebut. Kajian keadaan pada persekitaran bangunan juga dilakukan dan dikenalpasti. Setiap permasalahan yang sedang, mungkin dan akan timbul juga telah dikaji. Rekabentuk ruang dalaman pejabat KKSB yang baru, akan dibuat dalam aspek perancangan ruang, pembentukan imej dan gaya yang ingin diketengahkan berdasarkan konsep yang diutarakan serta garis panduan yang diberikan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamalludin, Zulaffendi
2005486733
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Wahab, Mohamad Hanif
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Public buildings > Commercial buildings > Office buildings. Skyscrapers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Rekabentuk, karangkraf, persekitaran bangunan
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62534
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62534.pdf] Text
62534.pdf

Download (160kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62534

Indexing

Statistic

Statistic details