Abstract
Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang kartografi berdigit dan bidang-bidang berkaitan dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah mengakibatkan kepelbagaian dalam struktur data yang digunakan bagi menyusun maklumat ruang dalam bentuk berdigit. Salah satu perkara yang sering menjadi perhatian industri pemetaan ialah pertukaran data pemetaan di antara sistem yang digunakan. Untuk memindahkan data dengan berkesan, satu mekanisma yang cekap diperlukan agar data yang dipindahkan tidak akan mengubah atau menghilangkan maklumat asal. Asas kepada pertukaran data ini ialah piawai penukaran. Berbagai jenis piawai penukaran telah dan sedang dicipta bagi memenuhi tuntutan dan keperluan pengguna dari berbagai bidang ini. Salah satu daripada yang digemari oleh pencipta dan pengguna GIS ialah DXF, iaitu format pernukaran bagi AUTOCAD. Dalam projek ini, format DXF telah digunakan sebagai piawai penukaran di antara tiga perisian GIS, iaitu GENAMAP, G-S-MAP dan MAPIKFO.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Harun, Abdul Malek UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Wan Mohd, Wan Mohd Naim UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Lanjutan Ukur Tanah |
Keywords: | Piawai penukaran, kartografi berdigit, perisian GIS |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62473 |
Download
62473.pdf
Download (110kB)