Cadangan rekabentuk dalaman baru bagi Firefly Airlines Ticketing Centre / Siti Syafikah Shaheri

Shaheri, Siti Syafikah (2009) Cadangan rekabentuk dalaman baru bagi Firefly Airlines Ticketing Centre / Siti Syafikah Shaheri. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir ini untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat cadangan rekabentuk. Projek cadangan yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman bagi firefly Airlines Ticketing Centre yang terletak lot kedai 7A, 7B dan 8A di Aras 2, Bangunan Stesen KL Sentral, Jalan Tun Sambathan 53000 Kuala Lumpur. Centre yang dicadangkan kepada Firefly Airlines sebagai centre untuk kemudahan pengguna. Tujuan centre ini dicadangkan untuk memudahkan pengguna serta memperkembangkan lagi penggunaan sistem pengangkutan udara. Sasaran pengguna yang terdapat di Stesen KL Sentral ini kebanyakannya golongan korporat yang menggunakan pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan dan cepat kerana Stesen KL Sentral merupakan stesen yang mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, KLIA Express dan sebagaiya. Dari KL Sentral ke destinasi yang telah ditetapkan mengikut pengangkutan yang digunakan. Oleh itu, Stesen KL Sentral merupakan tempat yang komersial untuk mencadangkan projek rekabentuk bagi centre tersebut. Oleh kerana pengguna banyak menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa, Firefly Airlines juga dapat membantu pengguna sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan mudah. konsep dan stail dalam rekabentuk harus bersesuaian dengan citarasa klien dan pengguna supaya dapat memberikan keselesaan ketika menjalankan aktiviti seharian dan juga dalam menjalankan urusan ketika berada di dalam centre. Imej dan konsep yang dipilih juga bukan sahaja perlu sesuai dengan keadaan serta malah mampu memberikan kesan positif serta dapat menarik perhatian pelanggan untuk masuk ke dalam centre. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk Firefly Airlines Ticketing Centre ialah 'modern style' yang membawa maksud gaya modern yang mengikut masakini dan mengikut kesesuaian rekabentuk. Gaya rekabentuk yang digunakan ini hampir digunakan seluruh dunia serta mengikut piawai skema rekabentuk dan kod yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk semua latar belakang dari seluruh dunia, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kehendak klien dan keselesaan pengguna di Firefly Airlines Ticketing Centre, supaya centre ini mendapat menarik perhatian pengguna, ruang yang perlu dimuatkan dalam centre. Selain itu juga, ruang yang ingin digunakan perlu mencukupi, jenis perkhidmatan yang disediakan, waktu urus niaga beroperasi serta pelbagai maklumat berkenaan yang berkaitan dengan urusan di dalam centres. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shaheri, Siti Syafikah
2006125087
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Nor, Othman
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Interior Design
Keywords: Firefly Airlines, pusat informasi, hiasan dalaman
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62455
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62455.pdf] Text
62455.pdf

Download (196kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62455

Indexing

Statistic

Statistic details