Penggunaan gamelan Melayu di dalam karya pengubah Malaysia / Imee Nadia Abdul Hadi

Abdul Hadi, Imee Nadia (2007) Penggunaan gamelan Melayu di dalam karya pengubah Malaysia / Imee Nadia Abdul Hadi. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Di dalam ensembel muzik tradisi di Malaysia, perkataan 'gamelan' difahamkan sebagai suatu jenis ensemble yang terdiri dari alat-alat yang dipalu. Dari segi jenisnya, ia adalah lebih sedikit dan jumlahnya pula adalah lebih kecil dari yang terdapat di Indonesia. Ada dua ensembel gamelan yang terdapat di Malaysia; gamelan Melayu Johor dan gamelan Melayu Terengganu. Di dalam persembahan gamelan Johor, elemen gamelan Jawa masih dikekalkan. Persembahan ini juga dianggap sebagai tradisi rakyat yang mana ia dipersembahkan untuk tontonan masyarakat umum. Gamelan Terengganu pula dianggap sebagai satu persembahan tradisi Melayu yang tergolong di dalam tradisi persembahan istana. Ini adalah disebabkan oleh faktor tempat dan persekitaran perkembangannya di mana persembahan-persembahan yang diadakan hanya di persekitaran istana. Di dalam kajian ini penulis akan mengkaji tentang aplikasi gamelan Melayu di dalam muzik moden. Di dalam notasi gamelan Melayu, ianya hanya menggunakan skala pentatonik iaitu samada di dalam tanda nada C major atau Bb major. Oleh itu, terdapatlah persamaan gamelan melayu dengan muzik moden.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Hadi, Imee Nadia
2004215635
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Shahanum (Prof. Madya Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: M Music and Books on Music > M Music > Instrumental music
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music
Programme: Bachelor of Music Education (Hons.)
Keywords: Ensembel muzik, Gamelan, Melayu
Date: March 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62402
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62402.pdf] Text
62402.pdf

Download (116kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

62402

Indexing

Statistic

Statistic details