Abstract
Pembentukan sesebuah reka bentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan reka bentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek Iuaran atau dalaman. Projek akhir Reka Bentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manrfestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipeiajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan menaik taraf dan mereka bentuk skima baru bagi Teluk Batik Beach Resort, Lumut. Bertempat di Teluk Batik.Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak, Malaysia. Tujuan utama projek ini adalah menaik taraf, mereka bentuk dan merancang ruang dengan lebih sistematik dan berfungsi serta dapat memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggan. Dengan terhasilnya reka bentuk dan hiasan dalaman yang baru bagi Teluk Batik Beach Resort, adalah diharapkan bahawa ia dapat menaik tarafkan lagi imej hotel ini dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang hotel untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij hotel tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangkakan mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir hotel ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej Teluk batik Beach Resort samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zain, Nurul Balqis 2006125139 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdul Karim, Asyikin UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Rekabentuk, Teluk Batik, naik taraf |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62386 |
Download
62386.pdf
Download (183kB)