Turbin ventilator - pemilihan bahan / Azman Mohd. Noor dan Ishak Ibrahim

Mohd. Noor, Azman and Ibrahim, Ishak (1992) Turbin ventilator - pemilihan bahan / Azman Mohd. Noor dan Ishak Ibrahim. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Dengan lafaz tahmid yang mulia, kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta rahmat keizinanNya dapatlah kami menyiapkan lapuran projek tahun akhir ini. Berbagai-bagai cabaran dan pengajaran yang kami tempuhi semasa menyiapkannya. Sebenarnya Turbine Ventilator adalah suatu alat yang menghasilkan peredaran udara secara berterusan untuk kegunaan kilang-kilang dan juga rumah penginapan. Sesuai dengan pembangunan yang semakin pesat di Malaysia ini yang semakin di kelilingi oleh kilang-kilang industri dan bangunanbangunan moden dan canggih bersifat lebih tertutup adalah sesuai menggunakannya supaya pengaliran udara di dalam bangunan lebih berkesan. Ianya bukan sahaja menyebabkan peredaran udara malah dapat juga mengurangkan darjah kepanasan, habuk, debu dan kotoran lain serta menambah keselesaan. Oleh kerana alat ini terdedah kepada persekitaran yang terbuka iaitu di bahagian atas bumbung maka cuaca yang berbagai, angin, hujan, panas dan cahaya matahari yang juga akan memberi kesan yang berbagai. Dengan sebab itulah ia hendaklah dibuat dari bahan yang dapat menangkis kesan tersebut dan di rekabentuk dengan baik supaya dapat tahan kepada persekitaran secara berkesan. Jadi amatlah sesuai 4 sekiranya bahan untuk membuatnya mempunyai sifat-sifat fizikal, mekanikal dan kimia seperti kuat, kekerasan, ringan, tahan karat, tahan panas dan Iain-lain. Sifat-sifat bahan ini akan dapat meningkatkan hayat supaya kecekapannya lebih berkesan dan lebih tahan lama. Bahan-bahan yang sesuai untuk membuatnya tidaklah sematamata bergantung kepada kumpulan logam bahkan juga dari jenis polimer, komposit dan juga seramik. Ini disebabkan bahanbahan ini juga memenuhi sifat-sifat yang diperlukan seperti yang telah tersebut di atas. Akhir sekali kami mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang terlibat seeara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan projek kami ini. Bagi kami, tiadalah upaya untuk kami membalas segala jasa baik dan pengorbanan- mereka yang terlibat melainkan kepada Allah sajalah kami pohonkan segala rahmat dan kesejahteraan untuk mereka.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd. Noor, Azman
88713049
Ibrahim, Ishak
88675044
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Wahab, Nor Aini
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Heating and ventilation. Air conditioning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering
Keywords: Komponen bahan, bilah, bulatan turbin, shaft, bearing
Date: 1992
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62340
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62340.pdf] Text
62340.pdf

Download (118kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

62340

Indexing

Statistic

Statistic details