Cadangan merekabentuk hiasan dalaman rumah kelab mini untuk Sapura Auto Sdn. Bhd. di Lot 131, Seksyen 86A, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur / Nur Aimi Syazwani Abdul Hamid

Abdul Hamid, Nur Aimi Syazwani (2009) Cadangan merekabentuk hiasan dalaman rumah kelab mini untuk Sapura Auto Sdn. Bhd. di Lot 131, Seksyen 86A, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur / Nur Aimi Syazwani Abdul Hamid. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek merekabentukdalaman rumah kelab MINI bagi Sapura Auto Sdn Bhd ini terletak di Lot 131, Seksyen 86A , Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur. Projek ini dicadangkan oleh Sapura Auto berdasarkan isu- isu yang sedia ada antaranya ialah pertambahan bilangan ahli kelab dan juga ketiadaan tempat yang khusus untuk menampung bilangan ahli semasa mengadakan pertemuan mingguan. Kumpulan sasaran bagi projek ini adalah untuk ahli kelab yang telah berdaftar dan juga kepada pengunjung umum yang berminat dengan MINI. Antara objektif projek ini dijalankan adalah untuk memastikan ruang yang ada bersesuaian dengan imej MINI disamping memberi keselesaan kepada pengunjung dan ahli kelab. Selain itu projek ini diharapkan dapat menyediakan serta menamping bilangan ahli kelab pada pertemuan mingguan yang dijalankan. Rumah kelab ini mewakili sebuah jenama kereta yang terkenal iaitu MINI, oleh itu konsep serta imej yang ditonjolkan perlulah bersesuaian dan seiringan dengan imej yang sedia ada. Konsep dan imej yang ingin diterapkan bersesuaian dengan imej sedia ada adalah 'modernJunky'. Berdasarkan kehendak dan permintaan klien, lokasi tapak di Jalan Tun Razak telah dipilih sebagai lokasi yang bersesuaian dengan projek disamping kelebihan tapak yang mempunyai bilangan tempat letak kereta yang banyak untuk kemudahan ahli kelab. Beberapa kajian kes dijalankan untuk lebih memahami projek disamping mengenalpasti kelemahan serta kebaikan kajian kes yang dijalankan agar dapat digunakan dalam proses merekabentuk. Antara kajian kes yang dijalankan adalah di Kelab Harley-Davidson dan juga Cobra Clubhouse. Selain daripada kajian kes didalam negara terdapat juga kajian kes dari luar negara yang dijadlkan rujukan antaranya ialah Bluebell Mini, Amerika Syarikat dan juga Mini Habitat, Singapura. Terdapat pelbagat bentuk kajian lain yang telah dijalankan sepanjang projek untuk mendapatkan maklumat dan rujukan bagi projek yang dijalankan. Antaranya ialah melalui temuramah, media cetak, internet,dan juga pemerhatian.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Hamid, Nur Aimi Syazwani
2006423037
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Othman
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Rumah kelab, imej MINI, kemudahan ruang
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62280
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62280.pdf] Text
62280.pdf

Download (196kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

62280

Indexing

Statistic

Statistic details