Abstract
Projek akhir ini merupakan cadangan rekabentuk dalaman sebuah Galeri Alat Muzik Tradisional Melayu yang terletak di Lot 231, Jalan Ampang, Bukit Nanas.Kuaia Lumpur. Tujuan penubuhan galeri ini adalah untuk memperkenalkan kepada umum tentang kehalusan seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Seperti yang diketahui Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa di mana setiap satunya telah menyumbangkan kehalusan seni yang tersendiri.Tujuan utama projek ini dicadangkan adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi baru kita tentang budaya dan kesenian yang kaya di negara kita pada suatu ketika dahulu di mana ia semakin dilupakan oleh generasi kita pada hari ini. Di samping itu ia juga bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaitan muzik di Malaysia dengan kehidupan dan budaya masyarakatnya termasuklah dalam bidang seni bina. la juga bertujuan untuk mengkaji tentang keperluan-keperluan ruang yang terdapat di dalam sesebuah galeri. Justeru itu satu perancangan telah dibuat sebelum merekabentuk setiap ruang yang telah dicadangkan. Beberapa aspek penting telah diambil kira bagi memastikan ruang yang dicadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pengunjung. Keselesaan pengunjung amat penting supaya mereka tidak berasa bosan semasa mengunjungi galeri ini.Selain itu penubuhan galeri ini juga adalah untuk menghasilkan satu rekabentuk baru bagi sebuah galeri.Diharapkan dengan penubuhan galeri ini akan dapat memberi manafaat kepada bukan sahaja masyarakat di sini tetapi juga pengunjung asing yang meminati seni, budaya dan muzik yang terdapat Malaysia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahmad Ridwan, Noor Fazilah 2003126303 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Monir, Ahmad Marzukhi UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Cadangan rekabentuk dalaman, kehalusan seni tersendiri, kehidupan dan budaya |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62235 |
Download
62235.pdf
Download (154kB)