Abstract
Projek akhir ini merupakan cadangan menaiktaraf sebuah resort iaitu Resort Tanjung Piai yang terletak di atas Lot PTD 1276, Serkat, Pontian, Johor. Resort ini menyediakan penginapan yang selesa dan mendamaikan kerana ianya terletak di persisiran Selat Johor. Tujuan utama pengkajian ini dijalankan terhadap projek ini adalah bagi menyediakan sebuah tempat peranginan yang lebih selesa dan memberi kepuasan kepada pengunjung. Di samping itu, ia bertujuan menyelesaikan masalah tentang perancangan ruang yang dianggap kurang sistematik. Selain itu ianya juga adalah bagi memberi imej baru kepada tempat peranginan Tanjung Piai agar lebih dikenali dan dikunjungi ramai pelancong pada masa akan datang. Kaedah kajian yang dijalankan terhadap projek ini adalah melalui pemerhatian terhadap resort yang telah sedia ada iaitu dari segi potensi, kadar pengunjung yang datang, jumlah staff dan aspek-aspek lain yang berkaitan. Kaedah temubual juga dijalankan terutamanya dengan pengurus resort ini bagi mendapat maklumat yang diperlukan. Selain itu kaedah soalselidik dan kritikan juga dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang keperiuan dan matlamat projek. Pemilihan Resort Tanjung Piai sebagai projek akhir adalah kerana didapati tempat peranginan ini mempunyai beberapa masalah yang harus diselesaikan. Masalah yang didapati adalah dari segi ruang dalamannya yang agak terhad dan perancangan ruang yang kurang sistematik. Oleh yang demikian, dengan terhasilnya laporan lengkap Resort Tanjung Piai ini, dapatlah menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan resort ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Rafidah 2004424845 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Masri, Mawar UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Resort, naiktaraf, imej baru |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62224 |
Download
62224.pdf
Download (163kB)