Persepsi guru tauliah terhadap pengetahuan hadis daif: satu kajian di Negeri Melaka = Perception of certified teachers on weak hadith knowledge: a study in Melaka State / Muhammad Ashraf Shahrulail and Mohd Khafidz Soroni

Shahrulail, Muhammad Ashraf and Soroni, Mohd Khafidz (2024) Persepsi guru tauliah terhadap pengetahuan hadis daif: satu kajian di Negeri Melaka = Perception of certified teachers on weak hadith knowledge: a study in Melaka State / Muhammad Ashraf Shahrulail and Mohd Khafidz Soroni. Journal of Contempory Islamic Studies, 10 (1): 6. pp. 1-13. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Guru tauliah merupakan penyumbang terpenting dalam pembangunan pendidikan peringkat akar umbi dalam masyarakat Islam. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang ditemui berkenaan dengan pengetahuan hadis daif dalam kalangan guru tauliah. Tambahan pula kedudukan hadis daif merupakan sesuatu perkara yang sering diperdebatkan. Objektif kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi guru tauliah terhadap pengetahuan status hadis daif. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 240 responden guru tauliah yang melibatkan tiga daerah di Negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data telah dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 secara deskriptif untuk mengetahui nilai min, peratusan dan data interpretasi. Dapatan kajian mendapati persepsi guru tauliah terhadap pengetahuan status hadis berada pada tahap sederhana tinggi. Rumusan dari kajian ini mendapati tidak semua guru tauliah mempunyai latar belakang pengajian ilmu hadis. Selain itu, kemungkinan natijah pertembungan di antara beberapa aliran dan kumpulan menyebabkan timbul perbezaan kefahaman di antara mereka.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shahrulail, Muhammad Ashraf
UNSPECIFIED
Soroni, Mohd Khafidz
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Hadith literature. Traditions. Sunna
L Education > LB Theory and practice of education > College and university teachers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 10
Number: 1
Page Range: pp. 1-13
Keywords: Guru tauliah, hadis daif, pengetahuan, persepsi
Date: April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62220
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 62220.pdf] Text
62220.pdf

Download (337kB)

ID Number

62220

Indexing

Statistic

Statistic details