Abstract
Kunjungan ke organisasi pendidikan non-formal secara amnya akan dapat memberi pengukuhan tambahan terhadap konsep konsep yang dipelajari secara formal di dalam bilik darjah di samping meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Satu kajian telah dijalankan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi peluang mengunjungi ke organisasi pendidikan non-formal begini seperti pusat sains, pameran sains dan muzium. Faktor-faktor yang diberi tumpuan dalam kajian ini antaranya adalah latar belakang demograti, lokasi kediaman, negeri dan aliran pengajian. Responden terdiri daripada pelajar pelajar semester pertama Universiti Teknologi MARA Kampus Jengka. Analisis statistik menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signitikan antara kunjungan ke organisasi pendidikan non-formal dengan latar belakang demograti, lokasi tempal tinggal dan negeri asal pelajar. Walau bagaimanapun, tiada perkaitan yang signitikan antara kunjungan dengan aliran pengajian responden. Pemilihan responden mengikut kaedah yang dicadangkan mampu memperihalkan fenomena pelajar Bumiputera. Justeru, hasil kajian ini releven bagi pelajar Bumiputera. Di bahagian akhir kertas kerja, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan peluang pendidikan non-formal ini kepada pelajar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nor, Badrul Hisham UNSPECIFIED Mohamed, Zulkifley UNSPECIFIED Saat, Ahmad UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | GADING Jurnal UiTM Cawangan Pahang |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
ISSN: | 0128-5599 |
Volume: | 6 |
Number: | 1 & 2 |
Page Range: | pp. 31-40 |
Keywords: | Pendidikan non-formal, Minat, Kefahaman sains |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62194 |