Cadangan merekabentuk ruang dalaman organik kafe di no CB-02-01, pusat membeli belah Alamanda, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan / Lailatul Isma Shaari

Shaari, Lailatul Isma (2005) Cadangan merekabentuk ruang dalaman organik kafe di no CB-02-01, pusat membeli belah Alamanda, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan / Lailatul Isma Shaari. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Dalam kajian dan penyelidikan yang telah di jalankan dalam menjayakan projek akhir ini, beberapa faktor telah dipertimbangkan dan di ambil kira. Antaranya adalah tujuan projek ini dilakukan. Tujuan projek ini di lakukan adalah untuk memperkenalkan makanan yang berasaskan organik kepada umum. Di samping dapat memberi galakan kepada masyarakat untuk memilih makanan yang berkhasiat kepada tubuh badan. Beberapa kaedah dilakukan dalam mendapatkan maklumat mengenai produk organik ini, antaranya melalui temuramah yang dijalankan kepada pemilik kedai produk organik dan pemilik kafe organik. Selain itu saya juga medapatkan maklumat dengan melayari internat dan media masa seperti akhbar. Antara hasil penemuaan yang didapati adalah bagaimana pentingnya makanan organik ini kepada tubuh badan untuk mengurangkan masalah kesihatan badan. lanya melalui kaedah penanaman dan pemprosessan makanan. Isu-isu dan masalah-masalah yang cuba dibangkitkan bagi menjayakan projek ini adalah timbulnya masalah kesihatan yang menular didalam masyarakat kita sekarang melalui cara pemakanan yang tidak sihat. Selain itu, dengan adanya kafe ini ia dapat meningkatkan ekonomi petani-petani kecil dalam memperluaskan peladangan mereka untuk menghasilkan tanaman-tanaman organik ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 62150.pdf]
Text
62150.pdf
Download (134kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics