Abstract
Masyarakat Malaysia amat terkenal dengan pantang larang yang diwarisi sejak turun-temurun. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan tabiat atau amalan buruk dalam kehidupan seharian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mitos ialah cerita tentang seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau direka-reka atau didongengkan. Terdapat banyak mitos berkaitan dengan perubatan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mitos mengenai tidak makan ubat tahan sakit kerana risau rosak buah pinggang. Bukan semua ubat tahan sakit akan memberi kesan yang buruk terhadap buah pinggang. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang merupakan ubat tahan sakit yang biasa digunakan memang boleh mengurangkan aliran darah kepada buah pinggang, tetapi ia akan merosakkan buah pinggang jika digunakan dalam tempoh yang terlalu lama atau mengambil dos yang berlebihan. Jika diambil mengikut dos yang dipreskrip oleh doktor, ia tidak akan menjejaskan buah pinggang anda.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jaafar, Mohamad Hasif (Dr.) UNSPECIFIED Mat Salleh, Mohd Kamel (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Health Communication |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Mitos, Kesihatan, steroid, ACIS |
Date: | March 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61983 |