Saudagar permata yang jujur / Makiah Tussaripah Jamil

Jamil, Makiah Tussaripah (2021) Saudagar permata yang jujur / Makiah Tussaripah Jamil. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Pada suatu hari, seorang saudagar permata di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana dia ingin ke masjid untuk solat. Selepas itu, datang seorang Badwi yang hendak membeli permata di kedai itu. Perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya hanya berharga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh Badwi tanpa diminta untuk dikurangkan harganya. Selepas selesai urusan jual beli dan pembeli itu sedang berjalan puiang, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepad si Badwi yang membawa perhiasan dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus lalu bertanya kepada si Badwi itu tadi. “Berapakah harga barang ini kamu beli?". Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." Saudagar Yunus lalu berkata, “Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara.” Badwi itu menolak sambil menjawab, "Biarlah, ia tidak perlu. Aku berasa senang dan beruntung dengan harga empat ratus dirham itu sebab di kampungku harga barang ini paling murah berharga lima ratus dirham."

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamil, Makiah Tussaripah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Permata, ACIS, Badwi
Date: March 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61977
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61977.pdf] Text
61977.pdf

Download (649kB)

ID Number

61977

Indexing

Statistic

Statistic details