Abstract
Kajian ini membincangkan tentang kefahaman dan amalan beragama di kalangan pelajar baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). la merangkumi persoalan berkaitan komponen utama dalam syariat seperti akidah, ibadah dan akhlak. Di awal kajian, huraian secara teori dikemukakan mengenai ketiga-tiga komponen tersebut. Kajian disusuli dengan soal selidik mengenai beberapa aspek utama bagi komponen akidah seperti pengertian akidah,kepentingannya, rukun-rukun iman, perkara-perkara yang merosakkan akidah dan kaedah pengukuhannya. Manakala bagi komponen ibadah ialah pengertian ibadah, pembahagiannya, skop, matlamat dan prinsip ibadah. Bagi komponen akhlak pula,soal selidik memfokuskan tentang pengertian akhlak, kepentingan dan pembahagiannya. Justeru, secara amnya metodologi kajian ini lebih menjurus kepada dua bentuk kajian iaitu kajian kepustakaan dan lapangan. la dijalankan melalui kaedah pengumpulan data dan maklumat dengan menggunakan borang soal selidik yang melibatkan 300 orang responden dari kalangan pelajar baru di kedua-dua buah universiti. Kajian ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa kefahaman dan amalan beragama di kalangan pelajar baru UiTM Pahang dan UMP yang sekaligus mewakili golongan remaja tidaklah terlalu bermasalah. Masih ramai di kalangan
mereka yang mempunyai kefahaman dan amalan ilmu asas agama yang mantap. Namun, masih terdapat segelintir pelajar yang lemah dari sudut pengetahuan dan amalan agamanya. Fenomena ini dianggap membimbangkan kerana beberapa faktor antaranya ialah kerana melibatkan persoalan dasar dalam agama seperti masalah akidah yang tidak sepatutnya berlaku dalam diri seorang muslim. Selain itu, perkara negatif yang bercanggah dengan asas ajaran syariat telah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka. Sikap sukar menerima tunjuk ajar dan kurang berminat dengan budaya ilmu pengetahuan semakin menular. Ruang kepada gejala penyakit sosial yang semakin terbuka luas turut merunsingkan kita. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kefahaman dan amalan beragama di kalangan pelajar baru UiTM Pahang dan UMP. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan berbentuk cadangan dan idea kepada pihak berkenaan agar dapat melakukan suatu tindakan yang agresif dan efektif bagi meningkatkan tahap kefahaman dan amalan beragama di kalangan generasi muda serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan metode yang berhikmah dan bersesuaian.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Asjad UNSPECIFIED Othman @ Seman, Muhammad Muzakkir UNSPECIFIED Abdul Wahab, Mohd Hafiz UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang |
Keywords: | Kefahaman agama, amalan agama, UiTM Pahang, ibadah |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6191 |
Download
LP_ASJAD MOHAMED RMI 10_5 1.pdf
Download (126kB)