Abstract
Dalam sistem kewangan Islam, pasaran modal Islam merupakan salah satu komponen atau elemen penting daripada keseluruhan pasaran di Malaysia. Di samping itu, pasaran modal Islam juga memainkan peranan yang penting dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi negara ini melalui instrumen-instrumen kewangan ditawarkan kepada para pelabur. Oleh itu, salah satu daripada produk-produk kewangan dan perbankan Islam yang meliputi pelbagai sektor dikenali sebagai produk berstruktur Islam (Md Nurdin 2009). Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan bank telah menawarkan pelbagai pelaburan produk berstruktur Islam di Malaysia yang mematuhi prinsip-prinsip Islam seperti terbitan produk “Islamic Eguity-Linked Structured Investment-i” oleh pihak bank HCBC Amanah Berhad. Keadaan ini disebabkan oleh produk ber- struktur Islam dapat menarik para pelabur dengan bermacam -macam taedahnya tersendiri iaitu menawarkan perlindungan modal, risiko keuntungan terkawal dan menghasilkan keuntungan yang tinggi seperti yang dmyatakan oleh Engku Rabiah Adawiah (2007) dan Aznan (2007).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Siti Nur Husna UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Syariah, produk AI Mudharabah, Islam, Malaysia |
Date: | November 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61782 |