Tingkatkan pengetahuan komputer anda: ketahui apa yang dimaksudkan dengan pengautomatan sumber data (source data automation) / Nor Hasbiah Ubaidullah and Zulkifley Mohamed

Ubaidullah, Nor Hasbiah and Mohamed, Zulkifley (1996) Tingkatkan pengetahuan komputer anda: ketahui apa yang dimaksudkan dengan pengautomatan sumber data (source data automation) / Nor Hasbiah Ubaidullah and Zulkifley Mohamed. GADING Jurnal Akademik ITM Cawangan Pahang, 2 (1): 5. pp. 39-43. ISSN 0128

Abstract

Dunia hari ini telah beralih kepada dunia computer yang mana rata-rata orang mengatakan tentang kecanggihan dan kemajuannya dalam menghasilkan maklumat. Perkataan komputer seolah-olah suatu perkataan yang sering diperkatakan dan diperbual oleh banyak pihak. Semua golongan tidak kira tua remaja dan kanak-kanak ingin mengetahui apa itu komputer dan seterusnya boleh menggunakannya dengan baik. Dan persoalan apa itu komputer? Sememangnya menarik perhatian setiap orang terutama bagi mereka yang baru saja mula berdampingan dengan komputer. Secara amnya komputer ialah sejenis mesin elektronik yang boleh menerima input (data yang kita masukkan) memproses input tersebut dan akhirnya boleh menghasilkan output (maklumat). Data yang belum diproses oleh komputer dikenali sebagai data mentah dan setelah diproses ianya disebut sebagai maklumat. Ekoran dari ini bagi membolehkan data-data diproses di dalam komputer ianya perlu dimasukkan ke dalam komputer melalui peranti (peralatan) yang disediakan. Bagi memasukkan data ke dalam komputer cara yang paling lazim digunakan dan yang diketahui oleh ramai orang ialah melalui papankekunci. Walaubagaimanapun selain dari menggunakan papankekunci terdapat satu lagi kaedah yang penting untuk memasukkan data ke dalam komputer iaitu melalui kaedah Pengautomatan Sumber Data. Pengautomatan Sumber Data adalah satu kaedah di mana suatu peranti khas digunakan untuk mengumpul data dan menghantarnya terus ke komputer untuk diproses. Peranti-peranti yang digunakan selalunya mudah digunakan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini disebabkan ianya selalu digunakan oleh mereka yang kurang mahir dalam penggunaan komputer atau mereka yang tidak menerima latihan komputer yang maksimum. Terdapat tiga peranti yang penting yang dikategorikan di bawah Pengautomatan Sumber Data.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ubaidullah, Nor Hasbiah
UNSPECIFIED
Mohamed, Zulkifley
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electronics > Computer engineering. Computer hardware
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Jurnal Akademik ITM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
ISSN: 0128
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 39-43
Keywords: Komputer, pengautomatan sumber data
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61754
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61754.PDF] Text
61754.PDF

Download (2MB)

ID Number

61754

Indexing

Statistic

Statistic details