Abstract
“Malaysia akan menjadi sebuah negara yang demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan mengekalkan keamanan diantara segala-gala bangsa. Kuala Lumpur 31 haribulan ogos tarikh kemerdekaan.... Merdeka... Merdeka. ..Merdeka.... Merdeka....Merdeka... Merdeka... Merdeka...” masih teringat lagi kata- kata keramat yang di laungkan oleh Almarhum Yang Mulia TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak 7 kali dan di waktu itu jugalah buat pertama kali lagu negaraku dilaungkan serta azan bagi menandakan kemerdekaan. Pak Malik tidak lupa sewaktu bendera Malayan Union di turunkan dan waktu itu pak malik beumur 12 tahun. Pak malik tidak dapat mengambarkan bagaimana sengsaranya sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu. Dikala kesayuan malam yang sunyi, terdengar unggas bersahut-sahutan. Pak Malik termenung di beranda sambil mengulung rokok dengan leka dan terkenang kisah lama lalu di datangi mak kiah membawa secawan kopi sambil memerhati pak malik yang sedang asyik mengulung rokoknya. “Abang aji, ini kopinya." "Terima kasih, kiah” “Apa yang abang menungkan tadi?” Tanya Mak Kiah pada suaminya. “Tak ada yang ditikirkan. Cuma terkenangkan masa dulu sebelum merdeka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Siti Nur Husna UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Cerpen, Kemerdekaan, ACIS, demokrasi |
Date: | September 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61737 |