Ciri-ciri Kafa’ah / Siti Nur Husna Abd Rahman

Abd Rahman, Siti Nur Husna (2020) Ciri-ciri Kafa’ah / Siti Nur Husna Abd Rahman. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Fuqaha bersepakat hanya aspek agama sahaja yang diambil kira dalam menentukan sekufu atau tidak sesebuah pasangan suami isteri. Menurut Mazhab Syafii, ciri-ciri kafa'ah terdiri dari enam perkara. Antaranya ialah:
Keturunan, sekufu dari segi keturunan bermaksud pasangan tersebut adalah sebangsa. la merupakan hak kepada bakal isteri dan walinya. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka bersetuju, ia tidak menjadi halangan dalam meneruskan perkahwinan. Merdeka, Jumhur fuqaha meletakkan aspek merdeka sebagai salah satu ciri-ciri kafa'ah. Seorang hamba lelaki tidak sekufu denaan perempuan merdeka. Beragama Islam, antara hikmah pemilihan wanita yang beragama dan berakhlak ialah agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Bahkan akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu di samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama akhlak sebagai asas utama dalam kehidupan, ia mampu menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61728.pdf] Text
61728.pdf

Download (959kB)

ID Number

61728

Indexing

Statistic

Statistic details