Kurikulum baru mata pelajaran kimia untuk kursus Diploma Sains yang selaras dengan keperluan negara industri / Mohamad Kamal Harun and Mohd Tahir Abas

Harun, Mohamad Kamal and Abas, Mohd Tahir (1995) Kurikulum baru mata pelajaran kimia untuk kursus Diploma Sains yang selaras dengan keperluan negara industri / Mohamad Kamal Harun and Mohd Tahir Abas. GADING Jurnal Akademik ITM Cawangan Pahang, 1 (3): 4. pp. 42-53. ISSN 0128-5599
Abstract

Perubahan corak aktiviti ekonomi negara masa kini dan akan datang yang sangat berbeza dari amalan aktiviti ekonomi masa silam menjadi faktor penentu dalam bentuk tenaga kerja yang perlu dihasilkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi. Kurikulum serta kandungan silibus yang hendak digubal mestilah mengarah kepada penghasilan graduan-graduan yang mempunyai kelayakan yang setimpal dengan keperluan sebuah negara industri. Kertas ini bertujuan untuk mencadangkan satu kurikulum kimia kursus diploma sains, Institut Teknologi MARA yang selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara industri. Perkataan kurikulum digunakan kerana ianya akan membincangkan mengenai satu program pembelajaran kimia yang terancang, menyentuh aspek·aspek kandungan silibus, strategi pengajaran dan teknik penilaian, sesuai dengan peringkat kursus tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 61656.PDF]
Text
61656.PDF
Download (4MB)
Indexing & Metrics