Bangunan Menara Ilmu

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti (2018) Bangunan Menara Ilmu. Memori Korporat (50).

Abstract

Bangunan MenaraI lmu telah dibina pada tahun 1972 oleh pihak JKR dan direkabentuk oleh arkitek tempatan yang dikenali sebagai Y.Bhg. Dato’ Zahani Tan Sri Ahmad (Ahli Lembaga Pengarah ITM/ UiTM sehingga 16 Oktober 2010). Gaya rupa bangunan adalah mengikut ekspresi brutalist yang dikembangkan oleh arkitek British sekitar lewat 1960an, ilham pendekatan arkitek Perancis Le Corbusier (1889-1965). Bangunan setinggi 14 tingkat ini keseluruhannya dibina daripada konkrit tetulang tanpa lepa sebagai bahan struktur dan kemasan utama (mengikut konsep Beton Brut iaitu raw/ naked concrete). Bahagian fasad bangunan yang menghadap ke Selatan-Utara juga direka dengan sisipan konkrit sebagai alat penghadang cahaya yang turut menyamai konsep Brise Soleil oleh Le Corbusier sementara fasad Timur-Barat direka dengan bukaan tingkap yang minima. Struktur umumnya berdasarkan tiang dan alang dan ruang paras tanah dibiarkan bebas sebahagiannya melalui penggunaan tiang-tiang konkrit tetulang dan dijadikan ruang concour sehingga kini. Idea ini juga menyerupai pendekatan Le Corbusier menggunakan tiang konkrit gergasi yang digelar pilotis bagi membebaskan ruang paras tanah untuk kegunaan rekreasi atau aktiviti umum. Ruang dalaman pula disusun atur di kiri-kanan sebuah koridor tengah selebar 2.4 meter.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti
jabatan_arkib@uitm.edu.my
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education > Four year institutions. Universities and colleges > Public universities and colleges
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: Memori Korporat
Number: 50
Keywords: ITM; UiTM; sejarah; Memori Korporat; Menara Ilmu
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61492
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61492.pdf] Text
61492.pdf

Download (734kB)

ID Number

61492

Indexing

Statistic

Statistic details