Penambahbaikan kaedah peramalan purata setempat bagi peramalan data siri masa aras sungai di kawasan banjir / Adib Mashuri ... [et al.]

Mashuri, Adib and Adenan, Nur Hamiza and Abd Karim, Nor Suriya and Tarmizi, Rawdah Adawiyah and Abd Hamid, Nor Zila and Adenan, Mohd Shahriman (2021) Penambahbaikan kaedah peramalan purata setempat bagi peramalan data siri masa aras sungai di kawasan banjir / Adib Mashuri ... [et al.]. Mathematical Sciences and Informatics Journal (MIJ), 2 (1). pp. 40-48. ISSN 2735-0703

Abstract

Aras air yang agak tinggi, tidak menentu dan melebihi tebing sungai adalah penyebab kepada bencana banjir. Ini memberi kesan kepada berlakunya banjir di kawasan pinggir sungai akibat daripada paras air yang tidak menentu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan kehadiran telatah kalut dan seterusnya membuat peramalan aras air sungai di Sungai Dungun. Kajian ini menggunakan data siri masa di Sungai Dungun, Terengganu bermula daripada April 2009 hingga Mei 2010 melibatkan bacaan paras air yang melebihi paras bahaya. Pengesanan kehadiran telatah kalut adalah dengan menggunakan kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao. Manakala, peramalan aras air dilakukan menggunakan kaedah penambahbaikan kaedah peramalan purata setempat (penambahbaikan KPPS). Hasil kajian menunjukkan telatah kalut hadir dengan menggunakan kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao. Hasil peramalan menunjukkan bahawa kaedah penambahbaikan ini dapat memberikan hasil peramalan yang cemerlang dengan nilai pekali korelasi melebihi 0.999000. Perbandingan hasil peramalan turut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah peramalan purata setempat (KPPS) pada data yang sama. Hasil perbandingan ketepatan peramalan menunjukkan bahawa kaedah penambahbaikan KPPS adalah lebih tepat berbanding peramalan menggunakan kaedah KPPS dengan peningkatan ketepatan hasil peramalan sebanyak 1.77%. Oleh itu, kaedah penambahbaikan KPPS ini adalah sesuai dan dicadangkan untuk digunakan dalam meramal data siri masa aras air sungai di kawasan banjir dan seterusnya memberi manfaat kepada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab bagi memberikan amaran awal bencana banjir di kawasan terlibat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mashuri, Adib
20181000933@siswa.upsi.edu.my
Adenan, Nur Hamiza
hamieza@fsmt.upsi.edu.my
Abd Karim, Nor Suriya
suriya@fsmt.upsi.edu.my
Tarmizi, Rawdah Adawiyah
rawdah@fsmt.upsi.edu.my
Abd Hamid, Nor Zila
nor.zila@fsmt.upsi.edu.my
Adenan, Mohd Shahriman
mshahriman@uitm.edu.my
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > Analysis
Q Science > QA Mathematics > Analysis > Analytical methods used in the solution of physical problems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Tapah Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences
Journal or Publication Title: Mathematical Sciences and Informatics Journal (MIJ)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Mathematical Science and Information Journal (MIJ)
ISSN: 2735-0703
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 40-48
Keywords: Aras air; Bertelatah kalut; Data hidrologi; Penambahbaikan kaedah; peramalan purata setempat
Date: May 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61466
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61466.pdf] Text
61466.pdf

Download (519kB)

ID Number

61466

Indexing

Statistic

Statistic details