Petikan ucapan YAB. Tun Abdul Razak Bin Hussein di upacara peletakan batu asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang Selangor pada 14 Oktober 1967

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti (2022) Petikan ucapan YAB. Tun Abdul Razak Bin Hussein di upacara peletakan batu asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang Selangor pada 14 Oktober 1967. Memori Korporat (111).

Abstract

"Tiap-tiap penuntut MARA baik lelaki mahupun perempuan yang berdiri di hadapan khalayak ramai petang ini mestilah mensifatkan istiadat meletak batu asas Institut Teknologi MARA sebagai satu ketika riwayat hidup mereka itu bagi meletakkan batu asas pendirian mereka itu sendiri yang teguh lagi bermakna, bersendikan semangat yang cergas lagi dinamis untuk menyambut dan menjunjung hasrat amanah rakyat bumiputera pada mereka itu supaya mencari ilmu pelajaran, latihan dan kemahiran yang betul-betul akan menukarkan cara dan corak mereka itu berfikir dan hidup dengan lebih mewah, mulia, kaya dan segar yang benar-benar akan memberi makna pada bangsa dan nusa mereka itu kelak. Bangunan batu, khutub khanah berhawa dingin, bilik makmal dan tapak yang lebih lebar ini tidak akan menjadi Maktab atau ITM yang berguna jikalau pandangan penuntut tidak saujana dan fikiran, kemahuan dan semangat mereka tidak dinamis. Saya pulangkanlah pada penuntut-penuntut dan ibubapa sekalian supaya memberi sumbangan dan menerusi fikiran yang bernas, tenaga yang kuat dan semangat mahu menyelidik dan mendalam ITM ini seimbang dengan kemajuan-kemajuan dan perkembangan-perkembangan yang diamanatkan oleh rakyat Bumiputera pada kita sekalian untuk mendirikannya. Sekarang, dengan beberapa sukacitanya saya merasmikan peletakan batu asas ITM di Batu Tiga ini."

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti
jabatan_arkib@uitm.edu.my
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education > Four year institutions. Universities and colleges > Public universities and colleges
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: Memori Korporat
Number: 111
Keywords: ITM; UiTM; sejarah; Memori Korporat
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61321
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61321.pdf] Text
61321.pdf

Download (418kB)

ID Number

61321

Indexing

Statistic

Statistic details