Pengaruh gaya pembelajaran terhadap kecemerlangan pelajar / Abu Kassim Ramli … [et.al.].

Ramli, Abu Kassim and Abu Bakar, Azni and Rukem, Daniel and Thaim, Marinda Stewart and Kb Hamzah, Samsudin (2003) Pengaruh gaya pembelajaran terhadap kecemerlangan pelajar / Abu Kassim Ramli … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh yang paling dominan antara faktor persekitaran, emosi, fisiologi, sosiologikal dan psikologikal terhadap gaya pembelajaran pelajar. Turut dikaji ialah kaitan tempat tinggal pelajar iaitu samada di rumah atau di asrama dan kaitan perbezaan jantina pelajar tersebut dalam mempengaruhi gaya pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Matang, Kuching, Sarawak. Soalselidik digunakan sebagai instrumen kajian dan ianya diambil dari model Dunn & Dunn (1979) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut keadaan setempat. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 10.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan digunakan bagi menguji hipotesis yang pertama. Bagi pengujian hipotesis yang kedua dan ketiga, Ujian-T bagi Sampel Bebas digunakan. Disamping itu, maklumat dari seorang kaunselor juga diperolehi namun maklumat yang diperolehi hanyalah berbentuk umum sahaja. Dapatan menunjukkan elemen sosiologikal paling mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar dan diikuti dengan elemen psikologikal, fisiologi, emosi dan persekitaran menurut turutan peratusan paling tinggi kepada peratusan paling rendah. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran pelajar asrama dengan pelajar harian.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramli, Abu Kassim
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Azni
UNSPECIFIED
Rukem, Daniel
UNSPECIFIED
Thaim, Marinda Stewart
UNSPECIFIED
Kb Hamzah, Samsudin
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: gaya pembelajaran
Date: April 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61226
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 61226.pdf] Text
61226.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

61226

Indexing

Statistic

Statistic details