Abstract
Kajian Penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan tahap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Pelajar ini secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana sahaja. Tetapi ia boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk menyediakan serta memberi segala kemudahan yang sempurna untuk semua warga kampus secara umumnya. Dari segi tahap penggunaan serta pemantapan Pusat Pelajar di sini menunjukkan bahawa tiada atau jarang sekali aktiviti serta program yang diadakan di Pusat Pelajar. Ini kerana tiadanya tindakan susulan yang di buat oleh pihak pengurusan atau pihak pentadbir Universiti mengadakan kegiatan serta aktiviti di Pusat Pelajar.Ini menyebabkan para pelajar beranggapan Pusat pelajar hanya sebagai tempat untuk berehat disamping untuk menggunakan segala perkhidmatan yang ada. Seterusnya,kebanyakan para pelajar juga secara keseluruhannya hanya beranggapan Pusat Pelajar sebagai suatu tempat untuk menghilangkan tekanan serta stress setelah penat memerah minda. Oleh yang demikian tanggapan seperti itu telah menyebabkan Pusat Pelajar telah di salah ertikan oleh para pelajar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Abdul Aziz 96309997 Awg Seruji, Awg Zamzuri 96543734 Halip, Imran 96991317 Sedek, Faidiladzhar 97235089 Sadim, Muhd Khairul Mukhsin 97038823 |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HA Statistics L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | siswa siswi,pusat pelajar,UiTM Sarawak |
Date: | April 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61224 |
Download
61224.pdf
Download (1MB)