Abstract
Dibesarkan dalam suasana kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan begitu menyuntik emosi anak ini akan kecekalan hati seorang insan yang dipanggil “Abah". Abahku bekerja sebagai nelayan dan ibuku telah meninggal dunia tatkala usia ku menjengah 10 tahun. Usai peninggalan arwah ibuku, pelbagai tawaran aku terima daripada jiran tetangga untuk menjadikan aku sebagai anak angkat mereka sekaligus memisahkan suasana kehidupan ku bersama abah. Namun, dengan riak wajah yang tenang, penuh keyakinan dan pengharapan kepada Allah, tegas abah mengatakan kemampu- annya untuk terus membesarkan diri ku sendirian, walaupun dalam suasana serba kekurangan. Seawal usiaku menjengah 13 tahun, aku dihantar ke sekolah asrama. Di asrama, emosiku kembali terganggu dan perasaan sedih berbaur gembira diselangi rasa cemburu datang silih berganti tatkala melihat aksi kawan-kawanku berpelukan tanda kasih sayang dan rindu bersama ibu bapa mereka usai bertemu dan berpisah setiap minggu berlegar-legar ditikiranku. Sehingga akhirnya mengundang titisan jernih yang kian deras dari kelopak mataku sebagai gambaran rinduku kepada arwah ibu yang tidak mampu diungkap.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jamaluddin, Farhatun Atmam UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Inspirasi, ACIS, UiTM, asrama |
Date: | March 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60986 |