Abstract
Islam berkembang ketika zaman junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam keadaan yang mendapat tentangan masyarakat jahiliyyah ketika itu. Pada permulaan Islam di Mekah, bilangan pengikut amat sedikit terdiri daripada ahli keluarga terdekat dengan Rasulullah dan dari kalangan hamba serta orang miskin. Mereka ditindas dan diperlakukan seperti manusia yang tidak punya nilai dan harga diri. Berkat kesungguhan Rasulullah SAW, para sahabat dan generasi awal Islam dalam menyebarkan risalah tauhid tanpa ada perasaan putus asa, maka Islam telah berkembang keseluruh pelosok alam dan menjadi penawar serta penjana dalam membina ketamadunan, yang mana rahmat, hikmah, dan mantaatnya dapat dirasai oleh seluruh umat manusia. Ini bertepatan sebagaimana tirman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107 yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutus- kan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ”
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Bakri, Mu'allim UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Works in defense of Islam. Islamic apologetics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Islam, ACIS, Mekah |
Date: | January 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60960 |