Abstract
Zharif ialah seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudara dan sepupu- sepupunya. Dia telah kehilangan semangat untuk belajar sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia. Ketika tinggal di rumah ibu saudaranya, Puan Akira, dia selalu dibandingkan dengan sepupunya yang rajin belajar dan sentiasa mendapat keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan. “Kau ni kenapa bodoh sangat? Tengok anak aku si Adnan dengan Rafiq ni selalu dapat naik pentas ambil hadiah.” Hampir setiap hari Zharif perlu mendengar hinaan dan cacian daripada Puan Akira dan anak-anaknya. Sudah lali telinganya mendengarkan perkataan kesat yang keluar daripada bibir mereka. Di dalam bilik, Zharif duduk bersandar di atas katil sambil merenung ke arah jendela. Pada saat ini, dia betul-betul terluka dan kehilangan motivasi untuk berjaya dalam pelajaran.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sarohman, Siti Norhalimah emerald119114@gmail.com |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Rahim, Nursyazni UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 5 |
Page Range: | pp. 65-67 |
Keywords: | Anak yatim piatu, motivasi, EON |
Date: | 1 May 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60870 |