Coretan Muhammad Muaz Bin Mahmud / Muhammad Muaz Mahmud

Mahmud, Muhammad Muaz (2022) Coretan Muhammad Muaz Bin Mahmud / Muhammad Muaz Mahmud. Epitome of Nature (EON). pp. 58-61. ISSN 2773-5869

Abstract

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga kerja penerbitan majalah ini, yang telah sudi mengizinkan saya mengisi beberapa helai muka surat dalam majalah EON, untuk berkongsi pengalaman suka dan duka saya sepanjang menuntut di Institusi ini. Sesungguhnya, sukar untuk saya lupakan pengalaman yang telah dilalui disini. Seterusnya, saya melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda di UiTM Kampus Shah Alam melalui system penerapan UiTM dalam bidang Kimia (Analisis Forensik). Saya merupakan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS), Kampus Kuala Pilah dahulu. Sepanjang saya dan rakan-rakan memimpin Badan Beruniform ini, banyak kejayaan yang telah kami capai. Antaranya, kami telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemimpin Badan Beruniform Anugerah Tokoh Siswa 2016 yang mana ia adalah julung kalinya dimenangi oleh Komander Kesatria UiTMCNS Kampus Kuala Pilah. Seterusnya, kami telah berjaya merangkul pingat emas untuk acara Tempur Tanpa Senjata dan tempat ketiga keseluruhan acara Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC), yang disertai oleh Komander Kesatria UiTM seluruh Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahmud, Muhammad Muaz
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Page Range: pp. 58-61
Keywords: UiTM, EON, Ijazah Sarjana Muda
Date: 1 May 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60866
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60866.pdf] Text
60866.pdf

Download (2MB)

ID Number

60866

Indexing

Statistic

Statistic details