Abstract
Kesengsaraan sosial dan ekonomi di Negeri Cina telah memaksa Orang Tionghua berhijrah secara beramai-ramai ke Semenanjung Tanah Melayu mulai abad kesembilan-belas. Secara amnya Orang Tionghua di Negeri Cina terbahagi kepada dua kaum yang besar iaitu Kaum Han (1) dan Kaum Bukan Han (2) di mana keturunan Kaum Han adalah majoriti (94%) dan keturunan Kaum Bukan Han adalah minoriti (6%). Kebanyakan Kaum Han terdiri dari kaum petani dan kaum pekerja, tetapi mereka biasanya memegang jawatan yang lebih penting dalam struktur pentadbiran kerajaan. Mereka beragama Buddha dengan campuran ideologi Confucius dan falsafah Tao. Keturunan Kaum Bukan Han (konsep etniks) pula, mempunyai bahasa dan kebudayaan mereka masing-masing misalnya, di bahagian barat laut dan bahagian barat daya terdapat Kaum Hui yang beragama Islam dan kaum Tibetan yang beragama Buddha. Manakala, kebanyakan Orang Tionghua di Malaysia berasal dari Selatan Negeri Cina terutama dari wilayah-wilayah Fukien, Kwangsi dan Kwangtung. Mereka mempunyai loghat yang berlainan, tetapi bahasa tulisan adalah sama iaitu Bahasa Mandarin dan falsafah hidup mereka lebih kurang sama.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Cheun, Heng Huat UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BQ Buddhism |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
Volume: | 1 |
Number: | 4 |
Page Range: | pp. 60-70 |
Keywords: | Tionghua, Ideologi confucius, Falsafah tao |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60858 |